comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ancaman bom palsu: Polis terima 44 laporan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 44 laporan berhubung ancaman bom palsu melibatkan sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa di seluruh negara sejak Selasa lepas sehingga 8 pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata akaun e-mel yang menggunakan nama “Taktstorer” itu dikenal pasti berasal daripada Cyprus dan alamat protokol internet e-mel itu dari Finland yang sering berubah.

“Kami ada menghubungi Pengarah Pelajaran Negeri untuk sekolah yang mempunyai e-mel Google (untuk kenal pasti ancaman bom palsu),” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras di sini hari ini.

Razarudin berkata polis telah menjalankan tindakan pembersihan keselamatan di sekolah-sekolah terlibat yang kononnya ada ditanam bom di kawasan sekolah.

“Saya beri jaminan bahawa kepada ibu bapa, murid-murid dan guru-guru bahawa keselamatan mereka adalah keutamaan polis, “ katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati negara lain juga turut mendapat ancaman bom palsu seperti Jamaica (dikenal pasti sebanyak 70 panggilan bom palsu), Trinidad dan Tobago, Jerman dan Amerika Syarikat.

“Kita masih meneruskan siasatan kita dengan bantuan-bantuan negara terlibat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI),” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini