comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah sekolah terima ancaman bom palsu meningkat kepada 27 kes

PETALING JAYA: Jumlah sekolah swasta dan kerajaan yang menerima ancaman bom palsu yang dihantar menerusi e-mel meningkat kepada 27 kes.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata laporan polis berhubung kes-kes berkenaan diterima di lapan buah negeri sehingga jam 9 malam tadi.

Menurut beliau ketika dihubungi Buletin TV3, jumlah kes di Selangor meningkat kepada 8 kes, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 6 kes, manakala dua kes masing-masing di Perak dan Pulau Pinang.

Kedah, Negeri Sembilan dan Sarawak pula masing-masing merekodkan satu kes.

Tan Sri Razarudin turut menjelaskan semakan pihaknya mendapati banyak ancaman bom palsu dilapor berlaku di beberapa negara sepanjang minggu ini.

Namun beliau memberi jaminan PDRM memantau rapi perkembangan keselamatan di dalam negara dan ibu bapa, guru serta murid-murid tidak perlu bimbang dengan situasi yang berlaku.

Dalam satu kenyataan petang tadi, Tan Sri Razarudin berkata ancaman berkenaan dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman.

Kandungan e-mel yang sama dikesan pernah dihantar ke 70 sekolah di Jamaica pada 12 November lalu yang dilakukan oleh seorang individu bermasalah mental dan pihak polis sedang menyiasat sama ada ia mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini