comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah ancaman bom palsu meningkat kepada 37 kes

PETALING JAYA: 10 lagi laporan polis diterima berhubung ancaman bom palsu membabitkan premis institusi pendidikan hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ini menjadikan jumlah laporan polis diterima meningkat kepada 37 kes setakat jam dua petang tadi.

Ketika dihubungi Buletin TV3, beliau berkata laporan polis diterima di 9 negeri membabitkan sekolah antarabangsa, swasta dan bantuan kerajaan.

Jumlah laporan tertinggi diterima di Selangor iaitu 15 kes dengan 11 membabitkan sekolah antarabangsa dan empat sekolah swasta.

Ini diikuti Kuala Lumpur dan Johor, masing-masing enam kes.

Pulau Pinang pula merekodkan 3 kes serta masing-masing dua di Perak dan Negeri Sembilan.

Kedah, Sabah dan Sarawak masing-masing 1 kes.

Berdasarkan laporan polis dibuat, kesemua emel dihantar oleh pengirim sama menggunakan nama ‘Taktstorer’.

Tan Sri Razarudin mengulangi jaminan bahawa orang ramai khususnya ibu bapa dan warga sekolah tidak perlu panik dengan insiden berkenaan dan pihak PDRM sentiasa memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini