comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Anggota polis wanita cedera dilanggar lari

 

 

KEMAMAN: Seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di Jalan Dato di Chukai, di sini pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi itu, anggota wanita berkenaan yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Bandar Chukai.

Menurutnya motosikal yang ditunggang oleh anggota polis terbabit telah dirempuh seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Proton Saga.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika suspek berusia 50 tahun bertindak mengejar kenderaan dipandu ibu mertuanya selepas berlaku pertengkaran.

Bagaimanapun suspek berjaya ditahan di kawasan Ibok, Kemaman, kira-kira jam 2.15 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan merbahaya, Seksyen 427 Kanun Keseksaan melakukan khianat serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.

Loading...
Terkini