comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tunjuk kemaluan kepada pegawai perubatan, pekerja pembersihan dicekup

FOTO: NSTP

CHUKAI: Padah menunjukkan kemaluan kepada seorang pegawai perubatan di surau sebuah hospital di sini, seorang lelaki ditahan polis.

Suspek yang berusia 20 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu dikatakan melakukan perbuatan terbabit pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang berehat di surau di hospital terbabit.

“Dalam masa yang sama, suspek dikatakan datang dengan secara tiba-tiba sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya.

“Pegawai perubatan itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Chukai, semalam.

“Susulan daripada laporan itu, polis kemudiannya menjejak suspek dan berjaya menahan suspek pada hari yang sama,” katanya.

Hanyan berkata, suspek kemudiannya di dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapat perintah tahanan reman.

“Majistret Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga Khamis bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini