comscore
Tumpuan :
Jenayah

APMM lupus 975,000 kotak rokok, 39 guni tembakau

Oleh: Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis telah berjaya melupuskan sebanyak 975,000 kotak rokok seludup pelbagai jenama serta 39 guni tembakau dengan nilai keseluruhan lebih RM15 juta, di sini pagi tadi.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kesemua rokok tidak bercukai dan tembakau ini adalah hasil tangkapan dan rampasan pada Januari tahun 2022 dan disiasat di bawah Seksyen 49(1) dan 135(1) Akta Kastam 1967.

Tambah beliau, pelupusan kesemua rokok berkenaan dilakukan melalui kaedah selamat dengan pembakaran insinerator.

Beliau berkata demikian ketika hadir melibat proses pelupusan berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man.

Romli dalam pada itu memaklumkan, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan membabitkan kemasukan rokok-rokok haram melalui rondaan dan operasi secara berterusan memandangkan kawasan perairan negeri ini berhampiran dengan negara jiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini