comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua cedera ambulans jatuh gaung

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans yang terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 6 meter di Simpang Tiga, Sungai Lui, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, siang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu sekitar jam 2.07 petang.

Foto ihsan BBP Semenyih.

Menerusi satu kenyataan, beliau memberitahu lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan dua orang mangsa yang berada dalam ambulans termasuk pemandu,” katanya.

Kedua-dua mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 21 tahun.

Kata Ahmad Mukhlis, kedua-dua mereka mengalami cedera ringan dan berjaya dibawa naik dengan selamat.

Mengikut laporan awal, ambulans tersebut dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke sebuah acara sukan berbasikal di Jalan Genting Peres di sini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini