comscore
Tumpuan :
Jenayah

APMM tahan bot nelayan tunda ikan di zon larangan

Oleh Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C di kedudukan kira-kira 5.9 batu nautika barat daya Pulau Segantang di sekitar pukul 12 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa dalam satu kenyataan memaklumkan, penahanan itu dibuat ketika bot ronda Maritim Negeri Kedah dan Perlis sedang melakukan rondaan operasi Op Aman dan Op Tiris di perairan Langkawi.

“Bot pukat tunda itu ditahan bersama seorang tekong dan tiga kru kesemuanya warga Thailand lingkungan umur antara 24 hingga 53 tahun di zon larangan perikanan ketika sedang leka melakukan aktiviti menunda (tarik tepi).”

“Kru, tekong dan bot ditahan bersama ikan campur seberat 600 kilogram telah diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kegiatan tarik tepi seperti ini sukar dikesan kerana nelayan tidak meninggalkan jejak dan kebiasaannya aktiviti tersebut dilakukan ketika bot tersebut ingin melepasi jarak 5.0 batu nautika dari pantai.

Aktiviti menangkap hasil laut kurang 5.0 batu nautika dari pantai boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta mata pencarian nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan tersebut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah 5.0 batu nautika dari pantai.

Loading...
Terkini