comscore
Tumpuan :
Jenayah

Berang ditegur sepahkan rumah

Foto hiasan

AMPANG: Berang ditegur kerana menyepahkan rumah, seorang lelaki tergamak memukul ibu saudaranya di rumah mereka di Jalan Maju Utama di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku selepas wanita terbabit dan anaknya menegur suspek, 36, yang juga buruh binaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan daripada anak lelaki mangsa berusia 50 tahun.

“Menurut laporan, pengadu yang bekerja sebagai penghantar bunga berada di rumah dan melihat suspek menumpahkan cat serta membuang botol minuman keras sehingga pecah di hadapan rumah.

“Pengadu dan ibunya menegur perbuatan suspek sebelum suspek dikatakan memukul ibu pengadu pada bahagian muka,” katanya.

Bertindak atas laporan dibuat, beliau berkata, polis menahan suspek di lokasi kejadian.

Mohamad Farouk berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Katanya, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 2 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini