comscore
Tumpuan :
Jenayah

Calon PHD Dakwa Penyelidikan Dicuri Penyelia, KPT Serah Siasatan Pada Polis

BAGAN SERAI: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan mencampuri siasatan berhubung dakwaan calon ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM) yang menuduh penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pihak UM sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan pelajar itu.

“Saya rasa eloklah kita tunggu laporan daripada polis dan siasatan yang dilakukan berkaitan perkara berkenaan.

“Sebabnya UM sudah menghantar laporan dan menyatakan bahawa dia (pelajar) membuat laporan polis berkaitan dakwaan itu.

“Kita serahkan kepada universiti sebab universiti mempunyai autonomi masing -masing,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Komuniti di Kolej Komunìti Bagan Serai di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan UM membuat laporan polis susulan video tular di media sosial mengenai dakwaan calon PhD yang mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Pejabat Komunikasi Korporat UM memaklumkan, laporan polis dibuat di Brickfields bertujuan menafikan dakwaan dibuat pelajar dari Yaman berusia 34 tahun itu.

Selain itu, katanya pihak universiti turut mengkaji tindakan perundangan bersesuaian terhadap pelajar antarabangsa itu. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini