comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Dadah RM2.02 juta dirampas, 416 ditahan termasuk dua pelajar

KOTA BHARU: Polis merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM2.02 juta dalam Op Tapis Khas yang berakhir semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam operasi yang bermula 6 Ogos itu, seramai 416 individu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun (AR) 1952 dan ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Kesemua ditahan berusia antara 16 hingga 65 tahun termasuk dua pelajar sekolah menengah di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Pelbagai jenis dadah berjaya dirampas dengan nilai RM2.02 juta manakala hasil sitaan harta pula sebanyak RM379,817.53 dan jumlah dadah yang dirampas itu jika berjaya diedarkan, boleh digunakan oleh seramai 196,218 penagih,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, Muhamad Zaki berkata, dua lelaki warga Thailand ditahan dengan rampasan 15.52 kilogram ganja mampat.

Beliau berkata, tangkapan dibuat pada petang Isnin lalu di kawasan lapang di Kampung Jeram Perdah, Pasir Mas pada jam 4.30 petang.

“Kedua-dua lelaki yang juga penganggur itu sedang berdiri di kawasan lapang dengan seorang daripadanya sedang memikul satu kotak di bahunya.

“Pemeriksaan dalam kotak itu mendapati ada 15 bungkusan cerah berisi ganja mampat dengan nilai dianggarkan RM48,112 dan jika berjaya diedarkan, boleh digunakan oleh 1,520 penagih.

“Hasil semakan tidak menemukan rekod lampau terhadap kedua-dua suspek dan mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Loading...
Terkini