comscore
Tumpuan :
Jenayah

Direman gara-gara muat naik kenyataan berbaur ugutan dan perkauman

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan reman seorang lelaki di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam kerana disyaki membuat hantaran berbaur ugutan dan perkauman di media sosial.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata lelaki tempatan berusia 48 tahun itu memuat naik hantaran berkenaan di akaun Facebook Nasrullah Nasir pada 23 Mac lalu.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 506 dan 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noorsiah berkata PDRM menasihatkan orang awam agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga membangkitkan ketegangan di kalangan masyarakat majmuk.

Katanya, polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.

Loading...
Terkini