comscore
Tumpuan :
Jenayah

Enam ditahan sambut hari jadi

KUALA LUMPUR: Polis Daerah Kota Tinggi, Johor menahan enam remaja lelaki dan wanita berusia 20-an kerana melanggar Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP), kerana berkumpul untuk majlis sambutan hari jadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Ashmon Bajah, berkata mereka ditahan ketika berkumpul di Laman Tun Sri Lanang, Jalan Niaga, Bandar Kota Tinggi.

Katanya, kumpulan remaja itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang tadi oleh pasukan Task Force COVID-19 Kota Tinggi ketika menjalankan Rondaan Op COVID-19.

Turut dirampas satu unit speaker mudah alih bagi memasang muzik.

Satu kertas siasatan di buka bawah Peraturan 7 Pencegahan Dan 
Pengawalan Penyakit Berjangkit, Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020 dan juga di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Loading...
Terkini