comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ibu kandung dibebaskan, bapa tiri masih direman disyaki dera anak hingga maut

Foto hiasan

PETALING JAYA: Seorang wa­nita yang disyaki mendera anak kandungnya ber­usia empat tahun sehingga maut bersama suami­nya dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, walaupun wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis, siasatan masih diteruskan dan suaminya direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Penganiayaan, Pengabaian, Pembuangan atau Pendedahan Kanak-kanak).

Mangsa berusia empat tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada 8.20 pagi ketika tiba di wad kecemasan.

Kelmarin, pasangan suami isteri ditahan polis kerana disyaki mendera anak lelaki sehingga cedera di kepala, telinga, perut dan kaki di rumah mereka di Jalan Aman, Skudai, Johor.

Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki memiliki satu rekod jenayah lampau.

Loading...
Terkini