comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kakitangan makmal perubatan ditahan SPRM, disyaki terima rasuah RM20,000

Foto hiasan.

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan makmal perubatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM20,000.

Sumber berkata, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 8.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek yang bertugas di sebuah makmal perubatan sebuah hospital kerajaan meminta dan menerima wang rasuah daripada pemilik sampel air kencing bagi pengesanan kandungan dadah sebagai balasan untuk menukar keputusan sampel air kencing itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan penahanan terbabit dan berkata ia dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 9 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Loading...
Terkini