comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak MB – SPRM


GUA MUSANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata tangkapan itu bertujuan membuktikan kesalahan yang berlaku, berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata kes ini telah diketahui umum dan suspek terlibat telah ditahan semalam serta siasatan masih diteruskan.

“Beberapa pihak-pihak lain juga akan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di Bangunan Persekutuan Gua Musang, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata berkemungkinan permohonan reman baharu bagi kesemua suspek yang ditahan juga akan dibuat, berikutan tempoh masa reman yang diberi tidak mencukupi untuk membolehkan SPRM melengkapkan siasatan awal.

Semalam, anak lelaki seorang menteri besar antara enam direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000, sejak dua tahun lepas. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini