comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes ikat, pukul lelaki hingga maut, polis tahan dua lagi suspek

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Polis memberkas dua lelaki disyaki memukul seorang pemandu kereta sehingga maut selepas kemalangan, di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selasa lalu.

Ia menjadikan tujuh suspek diitahan setakat ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek berusia 23 tahun dan 40 tahun itu ditahan sekitar Kajang semalam.

“Sehingga sekarang polis sudah menahan tujuh orang dan beberapa rakaman video juga telah viral dan kita masih teruskan siasatan dan tujuh orang tu masih dalam reman lagi dan kita juga mohon mereka-mereka yang berada di kawasan tersebut yang boleh memberi keterangan tampil”, katanya kepada media selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Dua individu yang juga pemilik kereta yang terlibat dalam kemalangan turut tampil membuat laporan.

“So far ada dua kereta yang dilanggar, ada 2 pemilik kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah mengambil dan membuat laporan polis.

“Kemalangan hari yang sama. Dia bawak kereta dia langgar kereta orang. Ekoran daripada tu rider dengan orang awam berkumpul dan bawa apa yang dalam video viral tu lah dibawa keluar dan diikat.

“Jadi sama ada dia dipukul atau tidak dalam siasatan lagi,” katanya.

Hussein juga mengesahkan mangsa, Shahril Samad, 41 tahun mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah.

“Dia ada kesalahan lampau 10 kes narkotik dadah 10 kes dadah dan juga dikehendaki bersabit kesalahan dadah juga. Masa post mortem tu dia positif dadah jenis methaphetamin dan ganja,” katanya.

Loading...
Terkini