comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ketika memandikan mangsa, suspek telah menyentuh secara seksual – Polis

FOTO: NSTP

KUCHING: Polis menahan seorang guru yang juga warden asrama sebuah sekolah di Padawan di sini kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada penjaga mangsa, Ahad lalu.

Katanya, kejadian itu berlaku apabila suspek membawa pelajar lelaki berusia 15 tahun itu ke rumahnya dengan alasan menjaganya kerana ketika itu mangsa demam.

“Bagaimanapun, ketika memandikan mangsa, suspek telah menyentuh mangsa secara seksual,”katanya.

Mancha berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan hukuman sebat.

Katanya lagi, orang ramai harus lebih peka terhadap kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

“Ini kerana kejadian itu boleh memudaratkan kesihatan emosi dan mental mangsa yang berpanjangan.

“Kegagalan memberi maklumat mengenai perlakuan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh didenda tidak lebih RM5,000,” katanya

Loading...
Terkini