comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki Indonesia ditahan, lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak dalam lif

Foto hiasan

AMPANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku jam 9 malam kelmarin ketika mangsa berada di dalam lif sebuah apartmen di Jalan Pandan Perdana, di sini, untuk ke kedai runcit.

Beliau berkata, suspek berusia 32 tahun bertanya kepada mangsa nama dan nombor telefon namun tidak diendahkan.

Menurutnya, suspek kemudiannya bertindak memegang mangsa.

“Tangkapan dilakukan terhadap suspek yang bekerja sebagai buruh.

“Hasil ujian air kencing didapati negatif dadah dan tiada rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini hingga 30 April ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini