comscore
Tumpuan :
Jenayah

Mekanik ditahan sembunyi kelahiran, beri teman wanita pil untuk gugur kandungan

Foto hiasan

SEPANG: Seorang mekanik ditahan polis selepas dipercayai menyembunyikan kelahiran janin yang dikandungkan teman wanitanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G. K. Shan Gopal berkata pihaknya menerima laporan polis daripada pihak hospital pada 22 Mei lalu memaklumkan seorang perempuan berusia 19 tahun mengalami keguguran pada 15 Mei lalu.

“Siasatan telah dijalankan mendapati pesakit alami keguguran kerana memakan pil yang diberikan oleh teman lelaki.”

“Janin yang dilahirkan telah ditanam di kawasan Taman Tasik Puchong, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kira-kira lima jam susulan laporan tersebut, polis telah menangkap suspek yang berumur 21 tahun bekerja sebagai mekanik iaitu teman lelaki kepada pesakit.

Turut dirampas sebatang cangkul yang digunakan suspek untuk menanam janin.

“Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana telah menyembunyikan kelahiran yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini