comscore
Tumpuan :
Jenayah

PDRM kesan penipuan guna nama MIDF

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan menggunakan nama ‘MIDF Investment’ membabitkan kerugian RM2 juta setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed berkata sindiket itu dikesan aktif menawarkan skim pelaburan berkenaan melalui aplikasi Facebook.

Menurut Ramli, siasatan mendapati skim ini menawarkan keuntungan yang tinggi hanya dalam tempoh tiga hingga enam jam selepas pelaburan dibuat.

“Sindiket menawarkan lapan pakej pelaburan serendah RM300 (keuntungan RM13,999) hingga RM5,000 (keuntungan RM99,999),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Ramli, pembayaran wang pelaburan dibuat melalui akaun persendirian dipercayai akaun keldai.

“Sindiket ini turut menggunakan logo Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dipercayai untuk mengelirukan mangsa,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 72 laporan polis diterima daripada mangsa skim penipuan ini membabitkan kerugian kira-kira RM2.05 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini