comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemilik, ejen hartanah sewakan kediaman kepada sindiket penipuan dalam talian boleh didakwa “bersubahat”

KUALA LUMPUR : Pemilik dan ejen hartanah diberi amaran supaya tidak bersekongkol dengan sindiket penipuan dalam talian dengan menjadikan kediaman mereka sebagai pusat panggilan atau “Calling Centre”.

Ini kerana mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas termasuk diheret ke mahkamah kerana bersubahat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua agen berkaitan sewaan akan dipertanggungjawab sebagai rakan sejenayah dan boleh dituduh di bawah seksyen 420 kanun keseksaan (penipuan), seksyen 34 kanun keseksaan dan 109 kanun keseksaan (bersubahat).

“Mereka juga boleh ya kerana ejen ini dia juga mesti know your customer dia mesti tahu untuk tujuan apa digunakan premis itu jadi jangan kata saya hanya buat kerja saya sebagai ejen saya tak tahu premis ini digunakan untuk kegiatan penipuan itu adalah satu alasan yang tidak munasabah”, katanya dalam sidang media di ibu negara siang tadi.

Sehubungan itu pihaknya tidak mahu mendengar lagi alasan sedemikian yang merugikan orang ramai kerana polis mempunyai liabiliti undang-undang.

Kes penipuan sindiket pusat panggilan juga tegas beliau merekodkan peningkatan pada tahun ini berbanding dua tahun sebelumnya.

“Sejumlah 1,160 tangkapan membabitkan 791 warga tempatan dan 369 warga asing dilakukan tahun ini. Ia berbanding 643 tangkapan tahun lalu dan 332 pada 2021.

Mengulas jumlah keseluruhan kes jenayah komersial ,Datuk Seri Ramli berkata, 33,269 kertas siasatan membabitkan nilai kerugian RM1.75 billion telah dibuka sejak 1 Januari tahun ini hingga 22 Oktober lalu.

Jumlah itu melibatkan 27 peratus kertas siasatan yang dibuka daripada 125,169 laporan polis yang diterima dalam tempoh sama.

11,903 kes atau 36 peratus berjaya dituduh di mahkamah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini