comscore
Tumpuan :
Nasional

5 restoran kotor, letak bahan mentah atas lantai diarah tutup

Antara premis yang didapati kotor dan diarahkan tutup. – Foto: Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/ Facebook

KUALA LUMPUR: Lima premis makanan di ibu negara diarah tutup operasi bermula hari ini, selepas mendapati tahap kebersihan premis terbabit tidak memuaskan ketika melaksanakan Operasi Sepadu Bersih, semalam.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, sejumlah 36 premis yang diperiksa dan didapati ada premis yang tidak bersih, bahan mentah diletakkan di atas lantai serta terdapat makhluk perosak di sekitar premis.

Menurut DBKL, selain kesalahan itu, ada juga pekerja di premis terbabit tidak mengambil suntikan tifoid dan penyalahgunaan lorong belakang premis.

“Hasil daripada pemeriksaan, empat premis dikenakan tindakan arahan penutupan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan satu premis dikenakan arahan penutupan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan 28(1) WPKL 2016.

“Sebanyak 66 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979,” katanya dalam kenyataan itu.

DBKL berkata, operasi itu dilaksanakan 42 petugas di Sentul Boulevard, Jalan Hujan Rahmat 2 dan 3, Jalan Ampang, Jalan Persiaran Ampang, Jalan Selinsing, Taman Seri Kuching, Jalan Jati, Jalan Inai dan Jalan Delima.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini