comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemuda rempuh anggota penguatkuasa JPJ, akan direman esok 

PORT DICKSON: Pemuda yang merempuh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 28, Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) akan direman esok.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Anggota JPJ cedera dirempuh penunggang motosikal

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya sudah menahan lelaki berusia 25 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan kesalahan yang didapati oleh penunggang motosikal itu adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran yang sah.

Aidi Sham berkata, suspek yang ditangkap berumur 25 tahun mempunyai lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah.

“Suspek juga didapati tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh dan akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson esok untuk proses tahan reman.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam,” katanya.

Loading...
Terkini