comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penganggur ditangkap londeh seluar kanak-kanak perempuan usia 8 tahun

Foto hiasan

TAMPIN: Seorang penganggur lelaki ditangkap kerana disyaki melondehkan seluar seorang kanak-kanak perempuan sehingga ke paras peha.

Kejadian berlaku di sebuah inap desa di daerah ini, 27 April lalu.

Ekoran kejadian itu, mangsa tiba-tiba menjadi pendiam dan disedari gurunya.

Ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis petang semalam sebaik dia dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata susulan laporan itu, polis menangkap suspek usia awal 20-an di satu lokasi di daerah ini jam 9.20 malam tadi.

“Kira-kira jam 6 petang semalam, satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita menyatakan anak perempuannya yang berusia lapan tahun dibawa seorang lelaki ke sebuah inap desa untuk mengambil barang.”

“Ketika di rumah itu, suspek dipercayai menurunkan seluar anak perempuan pengadu separas paha, tetapi mangsa terus keluar dari bilik inap desa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) (ii) Akta Kesalahan Seksual dan Kanak- Kanak 2017.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini