comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pergaduhan geng motosikal: 8 lelaki direman 4 hari

Tangkap layar video tular

AMPANG JAYA: Lapan lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara dua geng motosikal di restoran di Pandan Indah semalam direman empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 19 hingga 33 tahun direman bermula hari ini hingga Sabtu ini.

Artikel berkaitan: Gaduh hanya gara-gara saling menyindir?

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan dijalankan bermula 11 malam hingga 3.10 pagi tadi dan merampas topi keledar serta kerusi yang digunakan semasa kejadian.

“Siasatan mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan perselisihan faham berkenaaan dua kumpulan kelab motosikal yang berjumpa untuk berbincang, namun terjadi pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan.

“Kejadian juga berpunca dari saling sindir-menyindir di dalam aplikasi media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua lelaki yang ditahan mempunyai kesalahan lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mereka dikatakan mengadakan pertemuan di restoran berkenaan selepas tidak puas hati disindir.

Loading...
Terkini