comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Polis lumpuhkan aktiviti 2 geng kongsi gelap, 133 individu ditahan

 

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia, (PDRM) menggempur segala elemen berkaitan kumpulan kongsi gelap dan gangsterisme di seluruh daerah Klang, Selangor menerusi Op Khas Aman yang dilancarkan sejak 15 Januari hingga hari ini.

Matlamat operasi bagi melumpuhkan aktiviti yang menjana kewangan untuk dua kumpulan kongsi gelap utama yang bergiat aktif di daerah berkenaan.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus berkata seramai 133 individu ditahan sepanjang seminggu operasi berkenaan dijalankan.

Sebanyak tiga siri serbuan dilakukan melibatkan tangkapan aktiviti gangsterisme, serbuan di tapak binaan dan lubuk penagih dadah di beberapa lokasi di daerah berkenaan.

Seramai 85 ahli kongsi gelap termasuk lima individu dalam senarai dikehendaki ditangkap dalam tempoh 15 hingga 18 Januari lalu.

Tangkapan ahli kongsi gelap itu dibuat berdasarkan rekod keahlian yang sudah sedia ada dikenalpasti oleh JSJ Bukit Aman berdasarkan serbuan tangkapan individu lain yang pernah dilaksanakan dalam operasi sebelum ini.

Manakala serbuan di tapak binaan pada 19 Januari lalu pula, sejumlah 16 tapak projek di daerah berkenaan diperiksa.

Hasilnya, seramai 8 suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan diberkas termasuk 6 warga asing.

Tujuh daripada mereka disiasat dibawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen mnakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 55B akta sama.

Semalam operasi tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi sarang penagih dadah melepaskan gian.

Antara kawasan dikenal pasti ialah Taman Sentosa, Jalan Sungai Jati, bawah jambatan Kampung Sammy, Pelabuhan Klang sertaTaman Eng Ann.

Seramai 34 penagih dadah yang ditahan diserahkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan bakinya enam lagi warga asing akan disiasat dibawah Akta Imigresen kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Loading...
Terkini