comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Polis perlu lebih masa siasatan punca sebenar kes serangan Balai Polis Ulu Tiram

 


JOHOR BAHRU: Polis perlukan lebih masa bagi menyiasat punca sebenar serangan Balai Polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu bagi menjamin ia tidak berulang dan mengancam keselamatan orang ramai.

Justeru menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, keputusan menahan 5 ahli keluarga suspek serangan yang mati ditembak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA) adalah wajar.

“Polis memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menyempurnakan siasatan supaya keselamatan rakyat tidak terjejas” katanya mengulas keputusan polis menahan 5 ahli keluarga suspek kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di bawah Akta SOSMA.

Ujarnya, di bawah Akta SOSMA, Cawangan Khas Bukit Aman akan menjalankan siasatan manakala Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor meneruskan siasatan berkait Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain Jumaat lalu memaklumkan, 5 ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditahan di bawah SOSMA selepas tempoh reman mereka tamat pada 24 Mei lalu.

Semua individu terbabit berumur 19 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam serangan jam 2.30 pagi pada 17 Mei lalu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar tahun dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said terkorban manakala suspek berusia 21 tahun mati ditembak.

Turut cedera Koperal Mohd Hasif Roslan yang terkena tembakan pada bahu dan pinggul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini