comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis tahan pemilik twitter muat naik kenyataan perkauman

Foto hiasan

KUALA LUMPUR : Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan bersifat provokasi perkauman dan berunsur hasutan di Twitter baru-baru ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan di Bagan Serai, Perak.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5)Bukit Aman.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas telefon pintar dan sekeping kad sim milik suspek,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 11 Mei.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan selain menimbulkan rasa benci kepada agama, kaum dan raja.

“Perbuatan seumpama itu boleh mencetuskanketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,”katanya.

Baru-baru ini, pemilik Twitter @hezryhaizad mengeluarkan beberapa kenyataan bersifat provokasi perkauman yang didakwa boleh menganggu ketenteraman awam.

Loading...
Terkini