comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Tangkak buru lelaki larikan rantai emas bernilai RM9,800

Oleh: Zahir Senapiah

TANGKAK : Polis sedang memburu seorang lelaki Melayu yang bertindak melarikan dua utas rantai emas di sebuah kedai emas di Bandar Baru, Bukit Gambir dekat sini, petang semalam.

Suspek pergi ke kedai emas terbabit kira-kira jam 2.40 petang untuk membeli dua utas rantai emas.

Pekerja wanita di kedai itu menyerahkan dua utas rantai emas kepada suspek untuk dilihat dan membuat kiraan jumlah yang perlu dibayar sebelum lelaki berkenaan bertindak melarikan diri bersama dua utas rantai emas berkenaan.

Pekerja wanita terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Gambir.

Kerugian dianggarkan lebih RM9,800.00.

Kes disiasat dibawah seksyen 380 Kanun Kesiksaan.

Polis Daerah Tangkak meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengenali suspek sepertimana yang dirakamkan dalam CCTV.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat SM Prabakaran a/l Selvaraju ditalian 010-212 6769 atau IPD Tangkak 06-9781222.

Loading...
Terkini