comscore
Tumpuan :
Tragedi

Pemilik Kedai Emas Kerugiaan Jutaan Ringgit

FOTO: Orang Awam

KUALA TERENGGANU: Pemilik kedai emas dikatakan mengalami kerugian jutaan ringgit apabila kedainya di Jalan Bandar, Kampung Cina, di sini, hangus dalam kebakaran membabitkan 12 rumah kedai, malam tadi.

Mohd Ridzuan Mohd Yasin, 40, berkata, dia menyedari kedai diusahakan bersama keluarganya itu terbakar selepas menerima panggilan rakan pada 8.20 malam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia terkejut melihat api marak membakar deretan rumah kedai sederet di kawasan berkenaan.

“Ketika sampai bomba sedang berusaha memadamkan api yang ketika itu sedang marak membakar beberapa buah kedai.

“Pada masa sama bahagian atas kedai saya sudah terbakar dan hanya mampu berserah dan berdoa agar api dapat dipadamkan dengan segera,” katanya ketika ditemui, malam tadi.

FOTO: Harian Metro

Mohd Ridzuan berkata, 90 peratus struktur kedainya terbakar dan nilai barangan dalam kedainya dianggarkan sebanyak kira-kira RM2 juta membabitkan barangan kemas termasuk yang ditempah pelanggan, emas tongkol dan peralatan serta mesin berkaitan pertukangan emas.

“Tetapi saya tidak pasti samada barang lemas berkenaan masih elok atau sudah rosak. Saya belum dapat memastikan jumlah kerugian sebenar yang dialami akibat daripada kejadian ini,” katanya.

Dia yang tinggal di Kampung Hiliran, di sini, berkata, kedai berkenaan adalah milik keluarga yang diusahakan ibunya sebelum mengambil alih kira-kira 12 tahun lalu.

“Kalau diikutkan keluarga mengusahakan perniagaan emas ini sejak 25 tahun lalu. Kebakaran di Kampung Cina ini adalah kali kedua berlaku tetapi ketika itu tidak melibatkan kedai saya,” katanya. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini