comscore
Tumpuan :
Jenayah

PPM serbu rumah, rampas rokok, minuman keras tidak bercukai RM220,000

272,208 batang rokok pelbagai jenama serta 73 kotak minuman keras tidak bercukai dirampas dalam serbuan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di sebuah rumah di Kampung Nangoh, Jalan Sapi Nangoh, Beluran, dekat sini, semalam.

KOTA KINABALU: Sejumlah 272,208 batang rokok pelbagai jenama serta 73 kotak minuman keras tidak bercukai dirampas dalam serbuan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di sebuah rumah di Kampung Nangoh, Jalan Sapi Nangoh, Beluran, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM220,000.

“Ketika menjalankan Ops Taring Landai Khas Kontraban telah membuat pemeriksaan ke atas rumah stor berkenaan.

 

“Hasil pemeriksaan oleh pasukan serbuan merampas sejumlah rokok dan minuman keras yang berada di stor berkenaan kerana disyaki tidak bercukai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua rampasan barangan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Anggaran rampasan semua barangan berkenaan adalah bernilai RM220,000.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata pihaknya akan menjalankan operasi secara berterusan supaya kegiatan jenayah penyeludupan dapat dibanteras.

Loading...
Terkini