comscore
Tumpuan :
Jenayah

PRU-15: Polis Melaka buka tujuh kertas siasatan

Foto hiasan

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Polis Melaka membuka tujuh kertas siasatan atas pelbagai kesalahan membabitkan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sejak 5 November hingga semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, tiga daripada kertas siasatan itu membabitkan jenayah khianat yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“ Dua lagi membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 24B (b)(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengadakan ceramah yang tidak mempunyai permit.

“Satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 / 506 Kanun Keseksaan berkaitan tindakan seorang lelaki yang melakukan kekecohan menterbalikkan meja, kerusi dan mengoyak kain rentang selain mengancam akan memukul pengerusi mesyuarat sebuah parti.

“Manakala satu lagi membabitkan seorang ejen parti di tempat mengundi yang tidak berpuas hati terhadap seorang anggota tentera kerana disenarai undi awal dan undi pos di sebuah pusat mengundi awal di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sepanjang 12 hari tempoh berkempen, pihaknya telah menerima dan meluluskan sebanyak 1,103 permohonan permit berbentuk ceramah dan kempen.

Loading...
Terkini