comscore
Tumpuan :
Jenayah

Remaja 15 tahun antara 10 ditahan merusuh 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh menunjukkan senjata yang digunakan suspek dalam kes terbabit. NSTP/IHSAN IPD KUALA LANGAT

KUALA LANGAT: Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terbabit dalam kes merusuh di Bulatan Pulau Carey di Telok Panglima Garang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, mereka diberkas dalam beberapa serbuan pada Ahad.

Katanya, penahanan suspek berusia 15 tahun hingga 51 tahun, susulan laporan remaja lelaki berumur 16 tahun pada 11.30 malam, 2 September lalu.

“Mangsa mendakwa dipukul sekumpulan lelaki tempatan berpunca daripada penarikan kereta yang terbabit kemalangan di lokasi terbabit.

“Susulan itu, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK) Selangor melakukan operasi menangkap enam suspek di kawasan Banting,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, soal siasat ke atas enam suspek itu membawa kepada tangkapan empat lagi suspek di kawasan Telok Panglima Garang.

“Empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah, manakala saringan urin menunjukkan dua suspek positif methamphetamine dan ganja.

“Kesemua suspek direman tiga hari untuk siasatan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya yang meminta orang ramai tidak menyebar spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Abd Rahman 013-9789096.

Loading...
Terkini