comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belum sempat bagi izin, suspek terus melarikan motosikal mangsa – Polis

KUALA LANGAT: Warga emas panik apabila motosikalnya dilarikan seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pekan Banting, dekat sini, semalam.

Suspek pada awalnya berpura-pura mahu meminjam motosikal itu sebelum melarikannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa yang berusia 65 tahun itu kira-kira jam 11.15 pagi, semalam.

“Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi yang mana mangsa didatangi seorang lelaki warga tempatan yang mahu meminjam motosikal miliknya dengan alasan ingin menghantar barang yang dibeli.

“Bagaimanapun, belum sempat mangsa mengizinkan, suspek kemudiannya terus bertindak melarikan motosikal milik mangsa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek berusia 42 tahun kemudian diberkas sepasukan anggota polis di sekitar kawasan Klang Utara pada Selasa.

Katanya, suspek ditahan bersama motosikal milik mangsa kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

“Semakan dijalankan mendapati suspek memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini