comscore
Tumpuan :
Jenayah

Remaja etnik Orang Asli antara tiga dicekup edar dadah

Oleh: Fazli Ahmad

TEMERLOH: Tiga lelaki termasuk seorang remaja etnik Orang Asli disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah dicekup dalam serbuan polis di sebuah pondok di Kampung Paya Luas, Kuala Krau dekat sini, lewat malam tadi.

ACP Mazlan Hassan (Ketua Polis Daerah Temerloh)

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, dalam serbuan itu juga polis merampas satu peket heroin dan empat peket syabu bernilai lebih RM2,000.

Menurutnya, tiga suspek ditahan membabitkan seorang lelaki Melayu berusia 26 tahun penduduk  Kampung paya luas, tidak berkerja dan mempunyai lima rekod jenayah serta dua kes dadah.

“Seorang lagi suspek berusia 20 tahun, juga penganggur tiada dan mempunyai lima rekod jenayah lampau dan tiga kes dadah,”

“Manakala remaja etnik Orang Asli berusia 17 tahun, berasal dari Kampung Sungai Kiol, Jerantut ditahan dalam serbuan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau,”

“Bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati semua suspek positif mengambil dadah.” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya Mazlan, polis turut menyita sebuah motosikal dan semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengedar dadah.

Loading...
Terkini