comscore
Tumpuan :
Jenayah

‘Scammer’ tukar helah kepada emel saman, kompaun untuk jerat mangsa – Polis

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan taktik terbaharu sindiket penipuan yang menghantar emel kepada orang ramai yang kononnya dikenakan kompaun dan saman lalu lintas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata taktik itu dilakukan secara meluas membabitkan emel individu dan dengan menggunakan logo rasmi PDRM bagi memperdaya masyarakat.

“Halaman itu memaparkan notifikasi bahawa individu terbabit memiliki saman di bawah kesalahan lalu lintas yang tertunggak dan perlu dijelaskan segera.

Emel itu juga mendakwa sekiranya ‘saman’ itu tidak dijelaskan, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata emel itu turut meminta pengguna membayar sejumlah wang secara dalam talian atau kandungan melalui pautan disediakan.

Sehubungan itu, Mohd Nasri menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan taktik sindiket penipuan.

Jelasnya, tiada sebarang transaksi pembayaran daripada pihak polis dilakukan melalui emel seumpama itu.

Loading...
Terkini