comscore
Tumpuan :
Jenayah

SPRM tahan dua individu guna dokumen palsu bagi kontrak kerja penyelenggaraan bernilai lebih RM1 juta

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an ditahan pada kira-kira jam 2 petang ketika hadir di pejabat SPRM Cawangan Tawau, Sabah, hari ini.

“Suspek disyaki terlibat menggunakan dokumen palsu pada tahun 2020 untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan di bawah pakej rangsangan ekonomi 2020,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau pada Rabu ini (9 Ogos 2023).

Loading...
Terkini