comscore
Tumpuan :
Jenayah

SPRM tahan penyelia keselamatan terima rasuah RM5,000

Suspek yang disyaki meminta dan menerima rasuah bagi membatalkan kompaun dikeluarkan sebuah agensi penguat kuasa di Kedah.

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Kedah menahan seorang lagi suspek kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi membatalkan kompaun dikeluarkan sebuah agensi penguat kuasa di Kedah.

Suspek lelaki yang juga merupakan seorang penyelia keselamatan tapak pembinaan dan berusia sekitar 30-an ditahan sekitar jam 11.00 malam, pada Isnin ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kedah di sini.

Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif dari Mahkamah Majistret Alor Setar membenarkan suspek direman selama enam hari sehingga 14 Januari depan.

Menurut sumber, suspek ditangkap kerana dipercayai bersubahat bersama seorang penolong pegawai tadbir yang disyaki meminta dan menerima wang rasuah RM5,000 daripada sebuah syarikat  pada tahun 2022.

Wang berkenaan sebagai balasan bagi membatalkan kompaun yang dikeluarkan oleh sebuah agensi penguatkuasa terhadap syarikat berkenaan atas kesalahan tidak memiliki Perakuan Pematuhan Standard, PPS untuk bahan binaan.

Suspek pertama, usia lingkungan 30-an turut ditahan reman selama enam hari bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini