comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Suami isteri dalang sindiket penyeludupan kanak-kanak Sri Lanka didakwa

 

PETALING JAYA-Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki mendalangi sindiket penyeludupan kanak-kanak warga Sri Lanka ke negara Eropah menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata sindiket bergelar ‘Bahnu Internationals’ itu menggunakan ibu atau bapa rakyat Malaysia dari keluarga miskin yang mempunyai anak di bawah umur 12 tahun untuk memanipulasi maklumat diri kanak-kanak terbabit.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata tangkapan dilakukan di Kuala Lumpur, 12 April lalu.

Siasatan mendapati sindiket itu akan memperdaya ibu bapa rakyat tempatan supaya membawa sijil lahir anak bawah 12 tahun untuk hadir ke pejabat Imigresen seolah-olah untuk membuat PMA bagi anak sendiri.

Bagaimanapun semasa proses permohonan di kaunter Imigresen, kanak-kanak dari Sri Lanka yang hampir sama umur dengan anak sebenar akan dibawa ke hadapan kaunter untuk tujuan rakaman cap jari dan proses ambil gambar.

Pasangan suami isteri itu juga bertindak sebagai ‘transporter’ dengan membawa kanak-kanak Sri Lanka yang berjaya memperolehi PMA ke negara Eropah.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti tempoh sindiket itu beroperasi serta jumlah kanak-kanak yang terlibat.

FOTO: Jabatan Imigresen (JIM)

Siasatan awal menunjukkan sindiket itu menerima upah sebanyak EUR 30,000 hingga EUR 50,000 bagi setiap kanak-kanak Sri Lanka yang diuruskan permohonan PMA dan diiring ke negara Eropah.

FOTO: Jabatan Imigresen (JIM)

Tambah Datuk Ruslin, sindiket dilumpuhkan semasa pasangan itu hadir ke JIM WPKL untuk mendapatkan PMA bagi seorang kanak-kanak Sri Lanka.

FOTO: Jabatan Imigresen (JIM)

Tindakan pantas dan peka pegawai Imigresen  di Bahagian Pasport yang menyedari ada keraguan dalam permohonan PMA kanak-kanak itu telah mengambil tindakan lanjut menemubual kerana mendapati ada perbezaan rupa paras  ketara dengan penjaga dan gagal bertutur Bahasa Malaysia.

FOTO: Jabatan Imigresen (JIM)

Suspek yang berusia 26 dan 37 tahun itu didakwa di mahkamah hari ini dan ditahan di Penjara Kajang sehingga sebutan semula kes 11 Mei depan.

Loading...
Terkini