comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa Isnin ini

 

KUALA LUMPUR: Pemandu treler terbabit kemalangan melibatkan 14 kenderaan yang meragut nyawa dua mangsa di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya, Rabu lalu, akan dihadapkan ke mahkamah, Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada pendakwa raya dan diberi arahan untuk tuduh suspek terbabit pada Isnin.

“Reman terhadap suspek dilanjutkan dua hari lagi dan suspek akan terus dibawa ke mahkamah (pada Isnin) untuk dituduh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, suspek berusia 29 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik.

Dalam nahas pada 10.15 pagi itu, treler berkenaan merempuh barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu treler terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini