comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga Sri Lanka mati dalam lokap

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Sri Lanka dalam tahanan polis meninggal dunia di Lokap Berpusat Jinjang, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul malam tadi.

Lelaki berusia 43 tahun tersebut sebelum ini ditangkap di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 23 September lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad dalam satu kenyataan berkata lelaki tersebut mengadu sakit dada kira-kira jam 11 malam tadi.

Pihak hospital segera dihubungi  dan penolong pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur hadir memberi rawatan awal dan mengesahkan kematian.

Jelas beliau, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur bagi mengetahui punca kematian.

Tambahnya Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini