comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tiga individu direman kemuka butir matan palsu di Selangor 

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu  kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja secara atas talian yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM1,000,000 kepada PERKESO di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA 2.0).

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 40 hingga 61 tahun itu dipercayai ditahan di Pejabat SPRM Selangor semalam ketika diminta hadir untuk memberi keterangan.

Sumber berkata, dua suspek adalah pengarah syarikat  perkhidmatan penghantaran manakala seorang lagi merupakan pemilik syarikat kejuruteraan.

“Syarikat yang menjalankan perkhidmatan penghantaran ini dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM900,000 pada tahun 2020 hingga tahun 2022 manakala syarikat kejuruteraan itu pula mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM140,000 pada tahun 2021,” kata sumber itu lagi.

Kesemua mereka dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam dan perintah reman empat hari dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman kepada dua suspek dari syarikat perkhidmatan penghantaran.

Manakala pemilik syarikat kejuruteraan itu direman tiga hari .

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini