comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam percakapan dua individu

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok

KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berhubung surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.

“Kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan. Kita telah merakam keterangan dua saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis membuka kertas siasatan berhubung surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Teresa di kediamannya.

Teresa kemudian membuat laporan polis pada jam 9 malam.

Siasatan awal mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran selain butir peluru.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini