comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Wanita ditikam bekas tunang hingga mati di pusat beli belah

 

Oleh Mohd Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut selepas ditikam oleh bekas tunangnya di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Jalan Haji Saman, di sini, tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa berusia 22 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang atas lantai dengan beberapa kesan tikaman pada badan kira-kira jam 12 tengah hari.

Suspek 33 tahun ditahan di dalam kedai berkenaan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan.

Tambah Superintendan Kalsom, ketika ditemukan mangsa masih bernafas.

“Pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal mendapati beberapa kesan tikaman pada tubuhnya,” katanya.

Tambah Superintendan Kalsom, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.

Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, termasuk bagi mengenal pasti motif kejadian itu.

Loading...
Terkini