comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita rugi RM180,000 ditipu kenalan lama

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang wanita kerugian RM180,000 selepas terpedaya dengan kenalan lamanya yang menawarkan skim pelaburan wang dan emas, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata dalam laporan polis yang diterima daripada wanita tempatan berusia 43 tahun itu, mangsa mendakwa dirinya ditipu sindiket penipuan yang menawarkan skim pelaburan wang dan emas.

Beliau berkata, kejadian bermula pada Ogos 2022 apabila seorang lelaki tempatan yang juga kenalan lama mangsa menawarkan skim yang menjanjikan pulangan lima peratus pada setiap minggu atas jumlah wang tunai atau nilai emas yang dilaburkan.

Mangsa yang berminat dengan tawaran itu telah melaburkan wang tunai ke dalam akaun kenalannya itu, antara Ogos 2022 hingga Oktober 2022.

Mangsa turut melaburkan barang kemas pelbagai bentuk dan sebuah kereta yang diserahkan kepada lelaki berkenaan berjumlah RM260,000.

Superintendan Mohd Sohaimi berkata, antara Ogos 2022 hingga Februari lalu, mangsa menerima beberapa kali pulangan keseluruhannya berjumlah RM80,000, namun selepas itu tiada sebarang pulangan diterima mangsa.

Katanya, mangsa mendakwa kenalan lelakinya itu memberikan pelbagai alasan sebelum terus gagal dihubungi.

Mangsa percaya dirinya ditipu dan mengalami kerugian kira-kira RM180,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Loading...
Terkini