HOME / Kemalangan

Dua maut, kereta terbabas rempuh motosikal

Kemalangan yang menyebabkan dua maut di Jalan Johor Bahru – Pontian, pagi tadi.
Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BHARU: Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta terbabas sebelum melanggar sebuah motosikal dan merempuh perhentian bas, di hadapan
Petronas Batu 35, Jalan Johor Bahru – Pontian, pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.20 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi bomba dan Penyelamat Johor, berkata sebuah jentera bersama 6 anggota diketuai pegawai bomba kanan II, Samad Kijan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati dua mangsa yang juga penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah maut di tempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Goo Yen See berusia 69 tahun dan pemboncengnya, Soh Choon An, berusia 67 tahun.

“Pemandu kereta yang cedera dikenal pasti sebagai Mohd Nazirul Nizar Arbaen, berusia 27 tahun dihantar ke Hospital Pontian oleh orang awam,” katanya kepada Buletin TV3, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitanden Mustafa Bakri Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan punca kemalangan masih dalam siasatan.