comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pemandu Hilux Maut Rempuh Belakang Lori Sedang Selengara Jalan

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux dipandunya telibat kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian jam 1.35 pagi Ahad berdekatan jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JPBM Sarawak berkata, kejadian terbabit dipercayai berlaku selepas kenderaan dipandu mangsa merempuh belakang lori berkenaan yang sedang melakukan kerja penyelengaraan jalan.

“PGO Sarawak terima panggilan melalui MERS999 maklum berlaku kemalangan melibatkan dua buah kereta. Pasukan penyelamat dari BBP Tabuan dikerahkan ke lokasi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelangaran terbabit mengakibatkan mangsa tersepit selain turut mengalami kecedaraan parah.

Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

Bagaimapun, mangsa telah disahkan maut di lokasi kejadian aleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan KKM yang turut berada di lokasi kejadian.

Mayat mangsa yang berusia 48 tahun kemudianya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya manakala semua perkerja penyelengaraan jalan tiada mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.

“Kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan telah dijalankan dan operasi tamat pada 1.46 pagi,” katanya.

Loading...
Terkini