comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pembantu Jualan Maut Langgar Belakang Kereta

Foto hiasan

SEPANG: Pembantu jualan di sebuah kafe di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang berhenti bahu jalan, di Jalan Pekeliling, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah (IPD) KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, kejadian berlaku pada 4.20 pagi hari ini ketika mangsa dalam perjalanan dari arah kargo menuju ke bulatan Masjid KLIA.

Menurutnya, mangsa Noraini Syawani Mohd Yusof, 22, dari Kampung Baru Lanjut, Salak yang menunggang motosikal Modenas Kriss meninggal di lokasi kejadian selepas melanggar bahagian belakang kanan kenderaan itu.

“Motosikal mangsa remuk di bahagian hadapan. Akibat rempuhan mangsa yang cedera di kepala dan kaki maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil siasatan daripada serpihan lampu brek yang ditemui di tempat kejadian mendapati kenderaan terbabit adalah Proton Wira, namun pemandu melarikan diri selepas kejadian.

Imran berkata, wanita yang maut mempunyai lesen yang sah dan laluan juga dalam keadaan gelap dan mempunyai lampu jalan.

Katanya, kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987). – HARIAN METRO

Loading...
Terkini