Oleh: Siti Khadijah Jaafar
SEPANG: Lelaki yang melepaskan tembakan di Terminal 1, KLIA dua minggu lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh isterinya, serta mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi.
Tertuduh Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Azrol Abdullah.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa cuba membunuh Farah Md Isa kira-kira 1.09 pagi di aras 3, Terminal 1, KLIA, 14 April lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula , lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas pengawal peribadi, Mohd Nur Hadith Zaini.
Perbuatan dilakukan pada tarikh, lokasi dan masa yang sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebatan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan tarikh sebutan kes ditetapkan 11 Jun depan.
Dalam kejadian14 April lalu, tertuduh melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi wanita itu di Balai Ketibaan KLIA.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Suspek terus melarikan diri sebelum diberkas polis di Kota Bharu, sehari kemudian.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Anak-anak tidak sabar jumpa bapa – Isteri mangsa tembakan KLIA
- Saya masih sayang farah – suspek tembak KLIA
- Kes tembak di KLIA, pembedahan usus ke atas pengawal peribadi selesai, perlu pemantauan rapi
- Suspek lepaskan tembakan di KLIA dipercayai mahu lari ke Makkah – Polis
- Suspek kes tembak di KLIA mahu 7 peguam bela
- Polis sahkan isu peribadi dengan isteri kekal motif utama suspek kes tembakan KLIA
- ‘Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis’
- Suspek kes tembakan di KLIA ditahan reman 7 hari
- Kes tembak di KLIA: Suspek disyaki guna pistol 9mm, dari negara jiran – KPN
- Tembakan di KLIA: Kereta digunakan suspek bukan didaftar atas namanya
- Isteri mangsa tembak di KLIA syukur suspek ditangkap
- Tembakan di KLIA: Suspek ditahan di Kota Bharu
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1 cubaan bunuh, seorang cedera
- Pengawal peribadi masih belum sedarkan diri
- Along dah mula sedar – Isteri
- Suspek kes tembak KLIA disambung reman lima hari
- Suspek kes tembak KLIA didakwa hari ini
- [VIDEO] Suspek kes tembak KLIA akan didakwa lagi